PIBG


Warning: Illegal string offset 'size' in /home/skledan6/public_html/wp-includes/pluggable.php on line 2274

Warning: Illegal string offset 'default' in /home/skledan6/public_html/wp-includes/pluggable.php on line 2275

Warning: Illegal string offset 'alt' in /home/skledan6/public_html/wp-includes/pluggable.php on line 2276
PENUBUHAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LEDANG, TANGKAK, JOHOR
 
Persatuan Ibubapa Dan Guru, Sekolah Rendah Ledang, Tangkak,Johor  telah didaftarkan pada 8 April, 1974 dan diberi nombor pendaftaran JPJ / PIBG / 0311.
 
Tujuan penubuhan persatuan ialah :-
 
1. Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan muid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.
 
2. Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.
 
3. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertkar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.
 
4. Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam Sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.
 
5. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. 
 
FUNGSI PERSATUAN 
 
Fungsi persatuan ialah menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan seperti membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid. Menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan Sekolah. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat. Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan. 
 
KEANGGOTAAN PERSATUAN
Anggota Persatuan terdiri daripada :-
 
1. Semua guru di Sekolah.
 
2. Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah.
 
3. Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan.
 
4. Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.

 

 

 

 

 

Download PDF